BEGITULAH kisah pengasas cara diet terbaru, Sup Basi atau nama komersialnya 'Supsi'. Belilah Supsi untuk memiliki badan seperti Fergie BEP. Harganya RM1.77 untuk satu botol. Beli 1 percuma 7. Kini dengan wajah baru. Dapatkannya di farmasi-farmasi atau kedai-kedai tokoh jamu berdekatan dengan rumah anda sekarang juga."No Pain ,Gain Weight"- Nana, Pengasas produk Supsi.
Monday, September 20, 2010
sup basi cara diet terbaru:D
KUALA LUMPUR , JUMAAT 17 SEPT 2010 : Seorang gadis comel Tengku Hazliana bt Tengku Azhar ,19, telah menemui satu formula baru untuk menurunkan berat badan secara efektif serta mempunyai pinggang yg ramping dan perut yg tidak buncit tanpa perlu berlapar dan senaman yg berat. Menurut beliau atau lebih senang di panggil dengan nama Nana, beliau makan sup ayam yg basi yg di masaknya semalam kerana malas nak masak lagi hari ini. Jadi beliau terus makan tanpa berfikir panjang. Sup tersebut masih sedap dan lazat dimakan. Jadi beliau makan siap tambah lagi nasi untuk pinggan kedua. Pada waktu malam ketika mummy-nya pulang kerumah dan bertanya "Nana makan apa tadi?". Nana pun menjawab "makan nasi dengan sup semalam.". Mummy-nya pelik lalu mengambil mangkuk sup tersebut dan membaunya. Reaksi muka mummy-nya tak dapat nak digambarkan dengan tulisan. "Nana cuba mai bau sup ni." Tanpa berlengan nana pun pergi ke dapur untuk membau sup tersebut. Reaksi beliau juga sama dengan reaksi mummy beliau. Sangat mengerikan bau sup tersebut. Dan pada tengah malam itu juga semasa Nana tengah asyik ber-facebook, beliau terasa seperti ususnya berbelit-belit lantas beliau berkejar ke tandas terdekat. Sejak dari saat itu hingga ke petang esoknya tandas menjadi rakan baik nya. Tiba-tiba terlintas di otak geliga dan cerdik beliau, "kalau hari-hari macam ni, boleh jadi Fergie Malaysia dah aku."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment